Wanita solehah tidak boleh
sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita
solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela
nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan
dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa
keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan
dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Yaitu dengan mengikuti ajaran
Nabi Muhammad SAW menjadikan bapak atau suami mereka berbuat baik dan
bertanggungjawab atas keluarganya.
Salah satu tanda kasih Baginda
SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat
baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri
menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk
bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling
sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada
ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang
terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap
keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan
orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat
Abu ‘Asakir)
Tapi betulkah wanita solehah itu lebih
baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi
SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah!
Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di
dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada
yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah!
Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat,
puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka
dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian
hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni
dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita
solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis
ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih
baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan
wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya
ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat
dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan
yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan
hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An
Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan
wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As
syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan
itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada
perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al
Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut
puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah
sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari
sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak
bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi
sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku
dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga
boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita
boleh”
Si anak pun segera mengambil buku
tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu
solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka
masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al
Bazzar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar